Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Friday, 11 October 2013

Ujian menjelma.


TRUE SHORT STORY

"Anak sulung ke?" tanya seorang wanita yang berkawan rapat dengan ibunya.
Ibunya membalas "Eh taklah. Ni anak bongsu. Yang sulung sorang lagi"
"Oh ingat anak sulung. Matang je ye. Sekolah mana dik"
Lantas dia menjawab "Sekolah Agama"
"Agama? Macam anak sedara makcik. Ni makcik nak cerita, Anak sedara makcik tu dulu fully covered tau tapi sekarang nampak sini, nampak situ. SENDAT. sebab tu makcik rungsing sangat kalo dah muda-muda pakai tudung labuh takut kang tua pecat sini pecat sana"

Dia cuba menahan. Menahan daripada mengalirkan air mata. Dia tahu, Allah mengujinya. Allah menguji sejauh mana dia dapat mematangkan usianya.

Ibunya mendiamkan diri seolah-olah dia tahu, anak bongsunya sedang kecil hati akan kata-kata kesat kawannya. Lantas, dia meminta diri.

Selangkah demi selangkah dia cuba harungi. "Aku ada Allah. Kalau orang tak suka aku macam ni, it's okay then. Biar Allah judge aku. Aku tahu, tak semua dapat ujian macam ni. Aku orang special sebab tu Allah bagi ujian."

Teringat dia akan nasihat ibunya "To be a muslim, you gotta be tough, you'll also being judged, insulted by others but you should keep remembering that you have Allah around. Allah is always there for you no matter how far you are from Him"

Lalu bergenanglah air matanya. 

by ;- Athirah Adilla.
So, apa yang dapat kita simpulkan?

----  "Everybody has troubles, but not everybody has Allah. He makes the difference." "If you depend on yourself for strength, then it will never be enough. Depend on Allah and He'll get you through!"


Wassalam n___n




0 comment:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)