Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Thursday, 9 August 2012

Malam Laitalatul Qadar.


Assalamualaikum semua ^_^ 

Ya Allah, malam ni adalah malam ke- 20 kita berpuasa. Pejam celik, pejam celik lagi 9 hari nak raya. MasyaAllah. Rasa baru semalam berpuasa,bukan? Hihi

10 Malam terakhir adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh umat-umat islam. Kenapa? Kerana pada 10 malam terakhir ini,ada satu malam yang penuh dengan keberkatan yakni malam Lailatul Qadar.Kawan-kawan, malam lailatul qadar ini lebih baik dari seribu bulan. MasyaAllah, kuasa Allah begitu hebat :')

Malam tu jugak, para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah.Mereka adalah golongan yang paling beruntung. MasyaAllah! Siapa taknak,kan?

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :-

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau :- Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

"Kawan-kawan, sama-samalah kita beribadat pada Allah ya :) Kita taktahu kuasa Allah bagaimana. Jangan hanya pada malam Lailatul Qadar sahaja kita beribadat kepada Allah. Kita cuba cari keberkatan dan kebaikan pada setiap malam ye :) Semoga ibadat pada bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah dan Ramadhan ini lebih bermakna. InsyaAllah"


Waalaikummussalam ^__^



0 comment:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)