Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Monday, 28 May 2012

My Dear Allah,


Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim :) Bagaimana percutian? Hebat? Haha, Alhamdulillah kalau begitu. Cuti pun cuti jugak, jangan lupa Allah :'D Sedangkan Allah selalu mengingati kita, kenapa kita tidak, betul tak? Begitu juga peninggalan Nabi Muhammad S.A.W terhadap kita iaitu Al-Quran dan selawat ke atas Nabi Muhammad. Kalau kita tak ingat Nabi Muhammad, sudah pastinya baginda tidak akan mengingati kita. Sebab itulah, rajin-rajinlah kita selawat ya ^___^

As we know, semua orang yang berada dalam muka bumi ini HINA KECUALI orang yang membaca ayat suci Al-Quran & berzikir. Seperti yang kita tahu juga, Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

Ada yang Imanul dengar, jika kita mengingati Allah, seperti kita ingin memohon kepadaNya untuk memberikan kita rezeki, kita boleh memuji Allah dengan sebutan Ar-Razzaq iaitu Maha Pemberi Rezeki tetapi kita kenalah ikhtiar :) Dan berdoa tu kenalah bersungguh-sungguh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa" Lihat? Allah pun amat menyukai hambaNya yang berbuat demikian.

Cara-cara kita berdoa tu, janganlah minta agar segera dimakbulkan, untuk melakukan dosa, khianat. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

Jadi, kalau awak semua mempunyai masalah dan tidak tahu untuk berkongsi dengan siapa, maka ingatlah Allah bersikap As-Sami iaitu Maha Mendengar. Menangis dihadapanNya dengan luahkan semua masalah yang dihadapi. InsyaAllah, awak semua akan berasa tenang. Jangan merasakan awak semua bersendirian because Allah always be by your side. Jadi, jangan rasa "forever alone" lagi.



 AWAN
 Bunga Orkid

ALLAH TUNJUKKAN 'KALIMAH' NAMANYA YANG MAHA AGUNG KEPADA KITA SEMUA.CUMA KITA SEDAR ATAU PUN TIDAK! Allahuakbar!

Kalau nak tengok lagi sila ke web ini > http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/kebesaranallah.htm :) Mungkin setakat itu sahaja :D Maaf, kalau doodles hodoh. Assalamualaikum! :D 

0 comment:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)