Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Saturday, 19 May 2012

Mama....

Maafkan saya di atas kehodohan doodles ini :') Saya akan cuba memperbaiki kepada yang lebih baik. InsyaAllah :D

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Bismillahirahmanirrahim :) Apa khabar? Sudah 18 hari saya tak update kan? One of reasons are I'm having exam now .__. 2 Minggu saya akan berdepan kertas yang penuh dengan soalan-soalan yang misteri lagi banyak. Tapi, itu baru permulaan,kan? Kalau dah merungut waktu ni, cmne nanti kerja kan? HIDUP PENUH CABARAN! YEAY! ;D

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya katakan Selamat Hari Ibu,kan? Selamat Hari Ibu! Hihi, Untuk pengetahuan semua, umat manusia percaya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda jika dibandingkan dengan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya. 

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Sudah jelas bukan? Memang benarlah , sebab haritu Imanul ada baca satu majalah. Sedang ibunya menasihatinya agar tidak keluar pada hari hujan, namun anaknya masih berkeras kepala untuk keluar. Seribu alasan telah dinyatakan namun anaknya masih berdegil. Anaknya masih berdegil dan keluar dari rumah tanpa disedari ibunya.Sewaktu anaknya sedang menunggang basikal, dia didatangi asap yang tebal sehinggakan terganggu penglihatannya. Dia dilanggar oleh sebuah lori kerana hilang kawalan. Kini, anaknya mengalami lumpuh sehingga sekarang. Ya Allah, lihatlah Allah terus tunjukkan azab jika tidak mendengari nasihat ibu. MasyaAllah! :O

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab: Ya.
Lalu Rasulullah bersabda:
     “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”


Lihatlah! Siap ada hadis yang mengatakan syurga terletak di bawah tapak kakinya. Cuba bayangkan susah payahnya ibu mengandungkan kita lebih dari sembilan bulan dan melahirkan dengan penuh kepedihan dan kesakitan.Jasa ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta kekayaan. Kasih sayang beliau begitu sejati lagi murni.

Haritu, Imanul menangis melihat seorang nenek ditinggalkan oleh anaknya! Oh, jahilnya kamu! Kejinya kamu! Tergamaknya dia meninggalkan ibunya yang lumpuh di hotel. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

 Insan ini sangat merinduimu. Ya Allah :'(
 Insan ini hanya mampu menangis apabila ditinggalkan. Inikah jasa seorang anak? Inikah balasan seorang anak kepada seorang ibu yang lumpuh dan tua?

  Ya Allah, Engkau lindungilah nenek ini , berikanlah insan ini kekuatan Ya Allah ;(

To my mama, Noor Anisha bt Md Ariffin, I love you than I love myself.  May Allah bless you with long life. Thanks again for give your shoulder for me to lend , your ears to hear all my problems and kiss me in my forehead when i am crying. I hope that Allah reward in the Hereafter. THANK YOU, MAMA :D I LOVEEE YOUUUUU !! ;DDD

Waalaikummussalam :)

2 comments:

  1. Betul2, syurga di bawah tapak kaki ibu.. I love my mum too.. Nice entry btw. Good luck for exam ya. Wish all the best! ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)