Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Tuesday, 1 May 2012

Facebook?

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua :D Maafkan Imanul sebab hampir 24 hari tak update blog. Hehe, maafkan saya, maafkan saya dan maafkan saya. Mungkin memang tiada yang menantikan Imanul untuk update blog tapi mungkin semua yang selalu jenguk blog Imanul akan bosan dengan entri yang sama. Kenapa?! Doodles saya hodoh? Maafkan Imanul untuk sekali lagi. Mungkin sebenarnya Imanul nak tiru design facebook 100% tapi saya tak boleh kerana Imanul bukanlah orang yang hebat :) Tapi Alhamdulillah Imanul happy sebab dapat siapkan doodles tu hari ni jugak dan hasil tangan Imanul sendiri :D Semua items dlm doodles tu Imanul buat sendiri yaaa. Tiada yang Imanul ambil drpd google, dari blog atau mana-mana site yang lain sebab tu mmg hodoh. Hehehe .__.

Sebenarnya facebook ni banyak keburukan serta kebaikannya.Imanul cuba untuk menjauhi facebook namun syaitan terus menganggu dan terus menganggu. Memang syaitan ini rejam,kan? Sejak zaman Nabi Adam lagi. Syaitan ingat dia lebih hebat daripada Nabi Adam kerana syaitan diciptakan daripada api , manakala Nabi Adam diciptakan daripada tanah(seperti kita). Syaitan telah berjanji akan menganggu manusia daripada jalan yang lurus sehingga hari akhirat. Syaitan akan mendatangi kita dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri. MasyaAllah. Lihatlah, betapa kejamnya syaitan,kan? Syaitan langsung tiada belas kasihan terhadap manusia. Kejamnya engkau wahai syaitan! 

Sebenarnya, hampir setahun yang lalu, ada ustaz diundang untuk memberi ceramah kepada semua pelajar. kata beliau " marilah sama-sama kita memberi dakwah melalui facebook atau mana-mana laman sosial kerana kita dapat membuktikan kepada yahudi yang kita tidak lemah dan kita mampu melawan mereka dengan hanya memberi dakwah-dakwah sebegini.Jadilah orang yang bermanfaat bagi orang lain apalagi dalam masalah agama yang dapat mendatangkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ingatlah bahawa akhirat lebih penting daripada keduniaan, Wallahuahlam " Sebenarnya, ada niat Imanul nak deactive facebook ini namun bagaimana dengan semua yang nak tempah header, edit full blog? Imanul tak reti guna email. Nanti Imanul akan cuba ya. Hihi :D

Dari Jabir, Nabi S.A.W bersabda,

خيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberikan manfaat bagi orang lain.” (Al Jaami’ Ash Shogir, no. 11608)


Dari Abu Mas’ud Al Anshori, Nabi S.A.W bersabda,


مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa memberi petunjuk pada orang lain, maka dia mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya.” (HR. Muslim)

Rasulullah S.A.W juga bersabda,


لأَنْ يَهْدِىَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ
“Jika Allah memberikan hidayah kepada seseorang melalui perantaraanmu maka itu lebih baik bagimu daripada mendapatkan unta merah (harta yang paling berharga orang Arab saat itu).” (HR. Bukhari dan Muslim)


Kita semua tahu, berkawan di facebook adalah perkara yang paling mudah bahkan pada sesetengah orang sangat menyeronokkan. Boleh mendapat kawan dari seluruh dunia dan belajar dari mereka tentang banyak perkara. Berkawan ini, hukumnya harus bahkan boleh menjadi sunat sekiranya niat berkawan itu adalah kerana Allah.

Namun dalam keasyikan berkawan itu, ada batas tertentu yang kita perlu jaga, bagi mengelakkan keharusan pada hukum tadi tercemar dengan elemen lain yang boleh menjadikannya haram.

Antara koleksi-koleksi yang Imanul dapat petikkan ;

1- Remove friend boleh menjadi wajib sekiranya anda yakin lelaki atau wanita tersebut boleh memberikan mudarat tertentu kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka itu menzahirkan sebarang niat yang jahat. Contohnya ; stalker.

2- Remove friend boleh menjadi wajib, sekiranya anda meminati seseorang itu, dan anda tidak boleh menahan diri dari selalu melihat wall atau gambarnya. Lebih-lebih lagi jika menjadi igauan, sejenis obses ataupun melibatkan kecenderungan nafsu. Jika hilang dari pandangan mata, anda akan merasa lebih selesa.

3- Remove friend juga boleh menjadi wajib jika dengan adanya orang tersebut di facebook anda, anda tidak boleh menahan hati anda dari mengumpat ataupun mengejeknya setiap kali membaca status yang ditulis. Mungkin kerana benci, bergaduh, berdendam ataupun iri hati. Jika dengan ketiadaan dia lebih menyelamatkan anda dari dosa, maka remove dia dari friend menjadi wajib. Saya pernah berjumpa situasi ini, dan saya nasihatkan supaya dia remove friend sahaja untuk mengelak dari dosa.

4- Add friend boleh menjadi haram, sekiranya bertujuan untuk mendapat akses kepada gambar-gambar peribadi seseorang, ataupun mengintip cerita dan perbualannya, ataupun dengan tujuan mencari keaiban orang tersebut. Perbuatan itu haram dan wasilah kepada perbuatan yang haram, hukumnya juga haram.

5- Kiaskan kepada situasi-situasi yang lain.



Wallahuahlam.

Itu shja yang dapat Imanul kongsikan, ingatlah kawan-kawan semua ada batasan dalam pengguna facebook ni. Imanul tak nak sembang panjang-panjang takut Imanul sendiri ada sikap masing-masing. Nak baca hukum-hukum tersebut dengan lebih jelas , silakan ke site ini ; http://www.myilham.com/blog/2011/08/hukum-remove-friend-di-facebook/ Terima Kasih =)

Tegurlah Imanul jika Imanul ada tersilap kata. Manusia tiada yang sempurna tapi ingin menjadi sebaik-baiknya manusia. Wallahualam. Waalaikummussalam :D



Semoga Mei lebih baik daripada April. Hihi ='D

11 comments:

  1. Dah lama sangat. Sangat-sangat kita tak active Facebook. Thanks for the sharing by the way ;) Doodles awak semua hebat bagi saya. Kihkihkih ;d

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sure. Hebat lah sangat kan ;D

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe, tak pun :D Masih mempelajari semua tu ;D

      Delete
  3. Replies
    1. hihi, terima kasih,syukran,gamsamida,gracias,arigato' ;D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. cantik doodle fb tuu ... :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)