Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Friday, 6 April 2012

Malu Itu Sebahagian Daripada Iman.



Assalamualaikum ;D YA ALLAH, hampir 3 minggu tak buat entri baru. Hek3. Maaf sangat-sangat. Sebenarnya,Imanul sibuk dengan pembikinan folio yang tak siap lagi. Mungkin mnggu hadapan siap? Hehe, InsyaAllah. Malam ni, bulan sangat kelihatan indah kan? Itulah kuasaNya.

Sebenarnya, tujuan utama malam ni nak update entry sebab nak kongsi serba sedikit ilmu yang telah Imanul pelajari. Ilmu apa? Ilmu Hadis :) Sebenarnya jika kita mempelajari ilmu hadis ini dengan lebih mendalam, ia akan menusuk qalb. Hehe ;D First of Allah thank you for my beautiful ustazah, Ustazah Naimah.She is a wise lady. hehe. Sebab beliaulah yang mengajar kami hadis. Pada tajuk yang ke-3 tak silap, kami diajarkan Hadis yang bertajuk " Malu itu Sebahagian daripada Iman "

Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:Nabi S.A.W lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda Rasulullah S.A.W kepadanya:Biarkanlah dia, Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

Itu adalah potongan hadis yang Imanul copy dari Sini. Terima Kasih :) Sebenarnya, malu kenalah bertempat kan? Malu bertanya, sesat jalan.betul tak? Hehe :D Kadang-kala Imanul sendiri pun nak bertanya pun malu. Sedangkan hal mcm tu hanyalah benda yang remeh-temeh. Tapi, kadang-kala kenalah jugak berani. Berani itu penting dalam sesebuah kehidupan. Yeah. Dalam hal sebegini, ibu Imanul sendiri ialah idola Imanul. Beliau sangat berani dan tidak takut untuk melakukan perkara yang benar. Tapi malangnya, anaknya yang bernama Wan Imanul Aisyah ini tidak seberani beliau. Hehe.

Sebenarnya, Imanul sudah menabur hasrat untuk menghafal hadis bersama-sama sahabat yang lain seperti Siti Aisyah bt. Abi Bakr r.a.(isteri Nabi Muhammad S.A.W) Beliau dapat menghafal ayat-ayat al-Quran dengan cepat dan juga mengingati hadis-hadis Rasulullah S.A.W Hanya Siti Aisyah seorang sahaja wanita di kalangan perawi-perawi hadis. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Siti Aisyah menjadi sumber rujukan untuk penjelasan hadis-hadis Nabi dan al-Quran juga.

Ya Allah, begitu banyak jasa Siti Aisyah bt. Abi Bakr r.a. Memang patutlah Rasulullah bermimpi dua kali Malaikat Jibril membawa kain sutera kepada Rasulullah S.A.W Apabila dibuka kain sutera tersebut, Rasulullah melihat wajah Siti Aisyah pada kain sutera tersebut dan Malaikat Jibril berkata itulah gambaran bakal isteri Rasulullah S.A.W . Betapa bertuahnya Siti Aisyah , kan?

Ni ada gmbr yang Imanul ambik. Hehe :)

 Maksud manzilatu haya'u minal din tu >
Kedudukan malu dalam agama :)
 Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W- lalu dihadapan seorang lelaki dari kalangan orang madinah. Dia mengingatkan saudaranya tentang sifat malu. Berkata Rasulullah S.A.W : Biarkan sesungguhnya malu itu separuh daripada IMAN :D
-Copy Paste sebijik dalam buku makna. Hihi


Mungkin setakat itu dulu :) Wallahuahlam. Waalaikummussalam.


0 comment:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)