Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Saturday, 10 March 2012

My Old Pet.


Assalamualaikum dan Hai :) Harini saya nak share satu pengalaman saya dengan my old pet > Tupai :) Waktu mula-mula saya jadikan ia pet, memang dia sangat garang dan suka gigit jari saya dan ayah saya. #Ganas. Tapi dh lama kenal sikap tupai saya nih, ia sangat comel dan lama-lama dia dh tak garang :) Bak kata pepatah, tak kenal maka tak suka. Hehe. Bina ayat sndiri. Tupai ni suka sangat makan jagung. Mcm kitalah jugak kan. Hehe ^__^Y Saya bukan beli tupai ni tapi dapatkan dri sepupu. Dia jumpa pastu bagi dekat saya. Terima Kasih :D Sempena saya buat entri ni , cukup setahun pemergiannya. Saya amat merinduinya. Entah kenapa, saya baru sebulan lebih sllu main dgn tupai ni tapi sunyi betul tak bunyi ia minta makan dan main. Macam mana boleh mati?

Haritu, kakak saya balik. Pastu dia ckp, kenapa letak tupai ni dekat living room? Coverlah sikit. Hehe, dia takut ada org nak kot. Haha xD Pastu, letak dekat belakang. Entah siapa kasi makan dia tak tutup cage tu rapat-rapat sampaikan tupai ni boleh keluar dn entah ke mana. Saya panggil dia, dia tak ada. Sampaikan saya menangis tak berlagu. Dlm hati, " Aisyah, jangan fikir negatif , tupai tu masih ada InsyaAllah " Saya telefon abang saya. Abang saya cakap, " kalau dh hilang mmg susah la nak cari. Tak apelah dik, tak ada rezki " Dia tak tengok lagi tupai ni. Dia ckp nak blik semata-mata nak tgk tupai ni. Tapi, apakan daya nasib tak terbela. Saya menangis , menangis dan menangis. Ayah saya dh nasihat, kalau nak letak tupai tu jgn letak dekat belakang sangat, takut-takut tak nampak tupai tengah buat apa. Inilah jadinya kalau tak dengar nasihat ayah,kan? Hmm :'(

Lebih kurang 15, 20 minit ayah saya panggil saya. Saya ingatkan tupai tu masih hidup, tengok-tengok dh mati.   Rupa-rupanya, kucing saya yg menemukan tupai ni. Ia tak sempat makan pun, cuma ia tengok-tengok je. Luluh hati saya tgk binatang peliharaan yang paling saya sayang dh tak ada. Hanya Allah yang tahu. Pada jam 7:15 petang, waktu nak maghrib saya tanam ia depan rumah saya. Jadi, bolehlah saya lawat ia hari-hari , kan? Hehehe. #Eh, mcm manusia pulak. Hehe.Keesokan harinya, saya demam sebab banyak sangat menangis,kesian dekat abang saya dan fikir pasal tupai ni. Hehe. Saya tak sempat pun nak kasi nama kat dia, cuma panggil ia " tupai " sebab tak ada idea nak kasi. Ingatkan nati abang saya balik saya akan kasi nama tapi biarlah. Dari Allah ia datang, dari Allah jugalah dia dikembalikan. Saya redha kerana kita tak boleh sayang makhluk Allah melebihi kita mencintaiNya,kan?  Apapun, saya rindu nak main dengan ia. Hehe. Tak ada tupai lain yang boleh digantikan selain ia :) Nak tengok tak gmbr ia ?

Tulah cage dia, ambil cage dri hamster. Hehe ;D
Tempat makan ia. Tengoklah, sampai tisu pun ia gigit. Hehe, rindunya T___T


Dan ada jugak saya share dlm facebook :)
Hmm :(
Masih ingat saat saya main dengan ia. Seronok ;D
Pejam celik, pejam celik dan setahun anak tupai ni dh takde kan.

#Maaf kalau doodles tupai tu cacat dan inspirasi saya ialah :
http://i.imgur.com/9U1c6.gif  TerimaKasihTerimaKasih ;)

Waalaikummussalam. 

0 comment:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)