Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Thursday, 8 March 2012

Exam is Over! :D


Assalamualaikum dan Hai ! :D Apa khabar? Dh hampir seminggu blog saya tak disapu. Hampir seminggu jugak saya tak bukak blog, tak tengok cbox, tak tengok comment. Kenapa? Sebab saya exam :')  Exam is more important than a blog, right? Jadi, saya pun fikir. Biarlah blog berhabuk pun tu boleh baiki. Kalau result? Boleh baiki ke? Keluar air mata darah pun tak boleh kan? Tapi bila exam... Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya menghafal satu atau dua tajuk seperti > Feqah, Sirah, Tauhid, Mutalaah, Tafsir, Akhlak, Taabir, Hadis, dll. Bayangkan dlm satu masa kena hafal tu semua? Tapi perkara macam ni jangan anggap membebani kita sebab kita sedang belajar ilmu. Kalau kita mengungkit itu tidak kira belajar ilmu dengan ikhlas tu. Tu secara paksaan. Kalau kita menghafal sesuatu yang baik, Allah akan tolong kita ^___^ Macam haritu, saya malas nak pergi tusyen tapi mak saya cakap " kalau kita pergi semata-mata kita ingin belajar ilmu, Allah akan tolong kita , Allah kan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang " Saya pergi dengan ikhlas, memang benar apa yang dikatakan oleh mak saya, saya balik dlm jam 10:00 tu Alhamdulillah, Allah bagi saya sedikit kesenangan untuk menghafal. Syukur Alhamdulillah ^^

Alasan saya taknak pergi tusyen sebab esok hari saya periksa Hadis, Sirah, Tafsir dan BI. Memang taklah kan? Tapi, yelah kalau kita dengar semua nasihat mak kita. InsyaAllah. hehe =D Semalam, memang saya tidur mati sampaikan kakak saya ckp saya mcm patung. Nasib baik sempat solat Isyak kalau tak, Nauzubillah. Waktu tu langsung tak hafal Mutalaah tak baca sejarah, memang tak sediakan apa-apa untuk periksa. Waktu tu hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya. Sebab saya target Mutalaah dan Sejarah " A " . Bangun pagi tu, nasib baik mak saya kejutkan awal sikit. Dalam jam 5:20 mcmtulah. Sempat baca Sejarah dan Hafal sikit Mutalaah.

Dlm jam 7:15a.m pergi sekolah. Dlm jam 8:00 dh start periksa. Saya memang boleh dikatakan sikit je boleh buat. Entah kenapa, mungkin saya ada buat dosa dengan Allah atau keluarga saya sebab seakan-akan saya langsung tak boleh buat. Saya tengok kawan-kawan semua dh nak siap buat. Saya je yang terhegeh-hegeh nak buat. Biar lambat asalkan selamat Heheee :D Saya gosok dekat bahagian tekak saya dengan selawat. Itu petua dri abang saya :) Dn Alhamdulillah, dlm 5 minit selepas tu ingat sikit-sikit. Itu pun jadilah. Dlm pukul 2:00 , pergi solat zohor berjemaah dan balik! :D Waktu balik tu tak boleh rehat lagi sebab ada tusyen jam 4:00. Lepas balik tusyen, mula-mula saya hadap ialah LAPTOP. Lamanya tak bukak laptop. Main-main sampailah mak saya panggil untuk solat maghrib berjemaah , baca yaasin dan hati pun dah tenang :) Alhamdulillah.

#Kita tak pernah bersendirian kerana kita adanya ALLAH :) ALLAH selalu ada disisi kita.

Waalaikummussalam.

4 comments:

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)