Assalamualaikum and Welcome to my blog, online .May you be showered by Allah's blessings! :D | Follow or Dashboard

Wednesday, 30 November 2011

Terima Kasih :)

Greeting Text
Apa khabar? Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang telahpun mendapat keputusan UPSR.Alhamdulillah lebih kurang 46,012 yang mendapat 5A. Sekali lagi , tahniah. Yang tidak mendapat 5A , tidak mengapa rezeki ada dimana-mana. Usah sedih , PMR dan SPM lagi penting. Anda baru ditangga pertama dan banyak lagi tangga yang harus didaki. Usah sedih , hidup adalah suatu perjuangan , perlukan pengorbanan,jangan kesal bila kecundang anggap itu suatu ujian :) Gagal seketika tidak bermakna kita gagal selamanya. And I believe that you are already do your best. Apapun , tahniah! :)


Ada lebih kurang sebulan lagi , kita akan melangkah ke tahun baru iaitu 2012. Sudah masanya untuk saya katakan Selamat Tinggal Tingkatan 1 dan Selamat Datang Tingkatan 2. Agak rumit untuk katakan Selamat Tinggal Tingkatan 1 kerana ia amat sukar dilupakan. Pengalaman manis , pahit semua itu masih di ingatan. Terlampau susah untuk dilupakan. Tambahan pula , kawan baik saya akan berpindah ke Maahad yang lain. Dia seorang yang peramah dan baik. Dimana ada saya , disitu ada dia :)


Tidak sabar untuk hari esok kerana insyaAllah dengan izinNya saya akan hang out dengan kawan baik saya di sekolah rendah :) Baru sahaja beberapa bulan tidak berjumpa namun terasa bagaikan bertahun-tahun tidak berjumpa. Saya juga tidak sabar ingin berjumpa rakan2 baik yang lain , tapi jika Allah izinkan kita berjumpa , InsyaAllah :')


Sahabat, terima kasih kerana mendampingi saya tidak kira di mana sahaja saya berada,sanggup bersama saya sewaktu saya berada dalam kesenangan, apatah lagi sewaktu saya ditimpa kesusahan. Apabila saya melakukan kesalahan, awak mengingatkan saya tentang kebenaran, sekali lagi Terima Kasih , kawan :)
Maafkan saya jika saya ada tersilap kata, sesungguhnya saya hanya manusia biasa. Saya hanya hambaNya. Manusia itu diciptakan dengan berbagai sikap dan latar belakang.


Firman Allah:
Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di kalangan kamu (bukan lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Amat Mengetahui, lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
- Surah al-Hujuraat ayat 13.


Sekian , terima Kasih. Wallahu a’lam.*

0 comment:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Do comment ya. InsyaAllah I will reply :)